Filsafat : Aksiologi
BAB 1 Pendahuluan Islam menyuruh umatnya mengamalkan nilai yang paling baik dari nilai-nilai yang ada di atas muka bumi. Sebagai contoh Islam menyuruh kita memilih pendapat yang paling baik, perbuatan yang paling baik atau dengan kata yang lain memilih dan mendahului perkara yang paling utama atau dengan istilah al-Qaradhawi Fiqh al-Awwaliyyat . Begitu juga dengan para sahabat Rasulullah s.a.w seumpama Abdullah ibn Mas’ud, Abu Dzar al-Ghiffari dan lain.-lain sering bertanya baginda tentang apakah amalan yang di nilai oleh Allah sebagai amalan yang paling baik, paling utama dan paling disukai oleh Allah s.w.t. Nilai-nilai utama atau fiqh al-Awwaliyyat di atas adalah gambaran jelas tentang kepentingan teori nilai ataupun aksiologi dalam Islam. Kerana itulah permasalahan etika maupun estetika dalam aksiologi menjadi pembahasan dalam karya-karya ulama dan tokoh-tokoh pemikir Islam sepanjang zaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam karya kita...